Grab Perluas Perkhidmatan ke Beberapa Bandar di Seluruh Malaysia | GrabCar, GrabFood dan GrabMart berkembang ke bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia mulai September | Matlamat Grab adalah untuk  membolehkan dan memperkasakan komuniti di seluruh negara  supaya berkembang dalam ekonomi digital disamping mewujudkan lebih banyak peluang untuk menambah pendapatan rakyat Malaysia.

Grab memulakan pusingan pengembangannya ke beberapa bandar dan bandar-bandar kecil di kawasan luar bandar di bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia. Ia diumumkan ketika majlis pelancaran Desamall@Mersing, yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Abd Latiff Ahmad, pengembangan ini termasuk di Mersing, Segamat, Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

L- R: Ebi Azly Abdullah, Head, Public & Government Affairs, Grab Malaysia, YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Minister of Rural Development, YB Tuan Puan Hjh Alwiyah Bt Haji Taib and Johor based Grab Driver Azman Bin Sulaiman at the Mersing@Desamall Launch Event on the 6th September 2020

Pengembangan ini adalah sebahagian daripada perjalanan berterusan Grab untuk  memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia malah membantu mewujudkan lebih banyak peluang untuk pekerja ekonomi gig dan perniagaan berkembang, dan mencapai keseimbangan bagi industri ini terus mampan.

Rancangan pengembangan ini akan menyaksikan perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat mulai akhir September 2020 dan seterusnya diikuti oleh perkhidmatan GrabFood dan GrabMart (100% tanpa tunai dengan GrabPay) yang dirancang untuk dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Di Utara Semenanjung, Grab akan beroperasi di bandar-bandar seperti Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

Ini adalah sebahagian usaha Grab untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutama masyarakat di luar bandar di mana pendapatan penengah adalah 41% lebih rendah daripada pendapatan penduduk bandar menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


"Sebagai penyokong ekonomi digital, kami berbangga membawa teknologi kami ke komuniti di luar bandar dengan menyediakan rakyat Malaysia dengan penyelesaian yang lebih selamat, boleh dipercayai dan berpatutan. Pada masa yang sama, kami mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan di seluruh ekosistem perkhidmatan kami yang merangkumi pengangkutan, makanan dan pasar raya terutama di kawasan luar bandar. Dengan pengembangan ini, kami juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan rakan kongsi untuk terus menyokong kegiatan ekonomi di kawasan ini, dan mereka diberi kuasa untuk berkembang maju dalam ekonomi digital,” kata Ben Chin, Ketua Luar Bandar, Grab Malaysia.

Grab juga telah memperluas inisiatif "Pakej Pikul Bersama" untuk rakan pemandu baru yang menyertai platform kami dengan menyediakan pembayaran balik sekali-sahaja sehingga RM120 untuk lesen PSV mereka dan RM70 untuk pemeriksaan permulaan kenderaan di PUSPAKOM. Inisiatif "Pakej Pikul Bersama" diwujudkan untuk membantu  rakan-pemandu melepasi beberapa proses peraturan ketika pertama kali diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2019.


Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Baik

Grab percaya bahawa semasa Asia Tenggara berkembang dan bergerak maju, tiada siapa yang akan ketinggalan. Dengan 1 daripada 70 orang di Asia Tenggara memperolehi pendapatan melalui platform Grab, matlamat Grab adalah untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong dan mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan bagi rakyat Malaysia di seluruh negara. Grab juga telah mempertimbangkan dengan serius kesejahteraan rakan mereka dan telah melaksanakan program manfaat pertama seumpamanya untuk ekonomi gig di Malaysia, untuk membantu rakan-rakan di seluruh ekosistem meningkatkan kesejahteraan mereka. Melangkah ke hadapan, dengan pengenalan perkhidmatan Grab yang lain seperti GrabFood dan GrabMart dalam beberapa bulan akan datang, dapat membantu meningkatkan peluang-peluang perniagaan dan pendapatan di seluruh negara.

Membantu Skala Perniagaan

Rancangan pegembangan Grab selari dengan visi kerajaan untuk negara menguasai ekonomi digital di samping menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia dengan teknologi dan inovasi. Dengan perluasan GrabFood dan GrabMart ke kawasan bandar dan bandar-bandar kecil ini, akan memberi pendekatan tambahan bagi perniagaan untuk memperluas pangkalan pelanggan mereka dengan memanfaatkan jutaan pengguna Grab. Grab akan bekerja rapat dengan usahawan luar bandar dengan bekerjasama dalam kempen dan strategi promosi yang disesuaikan, membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka di platform.

"Kami berharap bahawa inisiatif pengembangan ini akan membantu memastikan ekonomi  yang adil dan inklusif sambil merealisasikan visi negara kita untuk ekonomi digital yang lebih mantap dalam kebiasaan baru," kata Ben.