6 Item Yang Perlu Ada Dalam Daily Bag Make Up | Personally pada huda, untuk daily bag make up ni, korang hanya perlu ada beberapa barangan make up yang korang rasa penting. Make sure juga, barang – barang make up tu dalam size compact dan muat dalam bag.


Ramai orang cakap, kalau pagi biarlah make up heavy, pada petang hari kita perlu touch up sahaja jika nak jumpa customer. Tapi pada huda, cara ni tidak berapa practical untuk wanita muslim. Dekat bawah ni huda state beberapa makeup yang perlu ada dalam daily make up bag korang. 


1. Lip Gloss/Lipstick

Kalau korang ada beberapa pilihan untuk lipstick dan lip gloss, korang hanya perlu pilih satu sahaja untuk setiap item. Suggestion huda, pilihlah lipstick yang ikut mood korang hari tu. Contohnya, hari ni rasa nak meeting dan jumpa orang, mestilah kita nak nampak bergaya sikit. Jadi pilihlah lipstick yang boleh menyerlahkan lagi gaya korang pada hari tersebut.


2. Compact Powder

Yang ini pun perlu juga ada dekat dalam bag korang. Pilih compact powder travel size punya kalau boleh, untuk muat letak dalam bag dan boleh bawa ke mana sahaja.


3. Moisturizer

Moisturize ni sangat penting untuk kulit wajah kita. Jadi perlu juga dibawa ke mana sahaja. Kalau dekat office, senang je bawa yang normal size kita beli then tinggalkan je kat meja kita. Tapi kalau kena kerja luar, jumpa orang takkan nak bawa moisturizer yang saiz biasa kita gunakan? Suggestion huda, beli satu bekas kosong travel size yang boleh letak moisturizer. Bila dah ada travel pack ni, tak gusar lagi.


4. SPF / Sunblock

SPF sunblock ni pun sangat penting untuk kulit wajah kita. Jangan cakap duduk office tak effect apa – apa dekat kulit wajah kita. Kalau korang nak tahu, ada 2 jenis sinaran UV. Pertama UVB, yang memberi tindak balas terhadap sinaran matahari. Kedua UVA, yang menyebabkan penuaan dan kerosakan pada kulit wajah. Kalau korang duduk office, korang akan lebih terdedah kepada UVA. So that is why, SPF/sunblock ni sangat penting untuk kulit wajah kita.


Pilihlah SPF yang bersesuaian dengan kulit wajah kita. Kebanyakan SPF di dalam pack yang kecil, jadi senang nak bawa pergi travel mana – mana.


5. Compact size untuk palette

Compact size palette ni banyak jenis, kalau dapat yang faced dengan eye tu lagi mudah. Senang nak bawa ke mana je.


6. Travel Perfume

Jangan lupa travel perfume juga ye guys. Ini pun one of important item yang kena ada dalam bag korang.


Ok korang, so sampai sini je yang sempat huda share. Kalau korang ada nak tambah cadangan untuk entry kali ni, boleh je. Minta tolong tinggalkan cadangan korang diruangan comment di bawah, terima kasih.