Kids Fashion Contest di Karnival Perumahan dan Hartanah Negeri Johor | Ingin di war-warkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak 4 hingga 6 tahun untuk menyertai Kids Fashion Contest ini yang akan berlangsung pada 12 April 2019.

Kids Fashion Contest di Karnival Perumahan & Hartanah Negeri Johor

Tema untuk Kids Fashion Contest ini adalah Pakaian Tradisional tau. Jom lihat terma dan syarat untuk kemasukkan Kids Fashion Contest ni.

Terma dan Syarat seperti di bawah:

  1. Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran RM10. Bayaran boleh dibuat ke IPPJ SDN BHD 0010 1127 4559 (MAYBANK).
  2. Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun sahaja. Kiraan umur adalah mengikut tahun kelahiran. Sila bawa MyKid/Sijil Kelahiran/Salinan untuk pengesahan.
  3. Peralatan dan pakaian adalah tanggungan peserta sendiri.
  4. Peserta diberikan masa 3 minit untuk setiap persembahan mengikut kreativiti masing-masing dan boleh menggunakan muzik iringan yang dibawa sendiri dalam bentuk CD/Pendrive.
  5. Pakaian mestilah mengikut tema yang telah ditetapkan dan juri berhak memotong markah mana-mana peserta bertanding yang tidak mengikut tema.
  6. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan atau kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  7. Penyertaan peserta secara automatiknya akan terbatal sekiranya tidak mematuhi terma & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.


Maklumat lanjut hubungi 07-2221767.