Cabaran Tourism Malaysia Surfcasting Tour…A Journey To VM2020 Tawar RM1,449,500.00

Cabaran Tourism Malaysia Surfcasting Tour…A Journey To VM2020 Tawar RM1,449,500.00 | Pertandingan memancing telah bertapak di negara ini sejak puluhan tahun lalu. Namun, sejak kebelakangan ini, acara ini telah menjadi antara acara yang paling mendapat sambutan bagi rakyat negara ini.

Berikutan sambutan menggalakkan masyarakat serta dorongan bagi mempromosikan lokasi baru pelancongan berasaskan aktiviti memancing, Tourism Malaysia mengambil langkah proaktif bagi menganjurkan Tourism Malaysia Surfcasting Tour…A Journey To VMY2020.


Acara ini, bakal menemui pemancing seluruh negara bermula 17 Mac ini di Pantai, Puteri Melaka. Acara ini diilhamkan hasil penelitian mendalam Tourism Malaysia terhadap industri, dengan matlamat utama mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan berteraskan aktiviti memancing sekaligus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Pertandingan ini bakal menjadi acara memancing terbesar pernah diadakan di negara ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan bagi sepuluh pusingan bernilai RM1,449,500.00.

Bagi setiap pusingan, juara akan membawa pulang wang tunai RM70,000.00, naib juara RM12,000.00 dan ketiga RM5,000.00. Pemenang keempat pula menerima RM1,000, kelima (RM700), keenam hingga sepuluh (RM450.00) manakala pemenang ke-11 hingga 100 akan menerima RM300.00.


Hadiah bagi setiap pusingan adalah seperti berikut:
1: Hadiah wang tunai : RM117,950.00
2: TV LED 60’ (1 unit) : RM4,000.00
3: TV LED 32’ (6 unit) : RM4,800.00
3: Hamper (50 unit) : RM4,000.00
4: Peralatan memancing : RM2,000.00

Jumlah : RM132,750.00
Jumlah bagi 10 pusingan : RM1,327,500.00

Hadiah Grand Slam:
1: Juara Perodua Myvi : RM46,000.00
2: Naib Juara Perodua Bezza : RM44,000.00
3: Ketiga Perodua Axia : RM32,000.00

Jumlah : RM122,000.00

Sebanyak sepuluh lokasi dipilih bagi penganjuran acara ini, kebanyakannya adalah kawasan pantai. Berikut adalah lokasi yang dipilih:

TARIKH - LOKASI - PASANG/MASA

17 Mac 2019 - Pantai Puteri, Melaka - 1.8m/7.02pg
13 April 2019 (Sabtu) - Pantai Bisikan Bayu, Kelantan - 1.3m/9.07pg
28 April 2019 - Pantai Remis, Selangor - 2.8m/11.00pg
29 Jun 2019 (Sabtu) - Pantai Telik Lipat, Dungun, Trg - 2.6m/1.30ptg
28 Julai 2019 - Pantai Marina Island, Perak - 2.5m/1.01ptg
11 Ogos 2019 - Pantai Sepat, Pahang - 2.5m/7.12 pg
22 Sept 2019 - Port Dickson, N Sembilan - 2.2m/11.16pg
9 Nov 2019 - Pantai Pontian, Johor - 1.8m/12.44tgh
7 Dis 2019 (Sabtu) - Pantai Kuala Perlis - 2.0m/9.27pg
29 Disember 2019 - Tasik Titiwangsa/Tasik Putrajaya - Tasik


Bagi merealisasikan hasrat Tourism Malaysia supaya acara ini dapat disertai seluruh lapisan masyarakat, yuran penyertaan rendah dikenakan bagi setiap penyertaan iaitu RM80.00 untuk satu joran. Setiap peserta hanya dibenar menggunakan dua joran bagi setiap siri.

Selain dijangka menarik minat pemancing tempatan, acara ini juga dijangka menarik penyertaan daripada negara-negara Asean, khususnya Singapura, Thailand dan Indonesia. Penganjur mensasarkan sebanyak 2,000 peserta akan mengambil bahagian dalam setiap siri pertandingan.

Berikutan acara ini adalah berkonsepkan Grand Prix, pihak penganjur menggunakan sistem mata seperti berikut:

CADANGAN MATA BAGI SETIAP SIRI

Kedudukan - Mata

Juara - 25
N Juara - 24
Ketiga - 23
Keempat - 22
Kelima - 21
Keenam - 20
Ketujuh - 19
Kelapan - 18
Kesembilan - 17
Ke 10 - 16
Ke 11 - 15
Ke 12 - 14
Ke 13 - 13
Ke 14 - 12
Ke 15 - 11
Ke16 - 10
Ke 17 - 9
Ke 18 - 8
Ke 19 - 7
Ke 20 - 6
Ke 21 hingga 100 - 5
Ke 101 hingga 200 - 4


Peserta yang mengumpul mata tertinggi daripada sepuluh pusingan akan ditabalkan juara dengan membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi, naib juara menerima Perodua Bezza manakala pemenang ketiga menerima Perodua Axia.

Bagi menggalakkan pemancing menyertai semua acara di seluruh negara, penganjur menetapkan mata bonus 2 mata bagi setiap penyertaan. Ini bermakna, setiap kali peserta mengambil bahagian di lokasi yang telah ditetapkan, peserta berkenaan akan menerima 2 mata Grand Prix secara automatik.

Sistem ini boleh menggerakkan pemancing untuk hadir ke semua acara yang dilangsungkan di seluruh negara. Ini bagi mengejar mata yang ditawarkan untuk menjuarai kejohanan.

Bagi mengendalikan acara ini, pihak Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan Wakjali Event Management, syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menganjur dan mengendalikan pertandingan memancing di negara ini.

Wakjali Event Management yang ditubuhkan pada 2004, telah menganjurkan lebih 600 kali pertandingan memancing di seluruh negara dan memegang rekod dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penganjur Pertandingan Memancing Paling Ramai Peserta pada 2007 dengan penyertaan sebanyak 3,986 peserta.

Bagi memastikan acara yang dilangsungkan ini patuh syariah, pihak Tourism Malaysia telah memutuskan bahawa semua hadiah yang ditawarkan pada hari pertandingan tidak akan menggunakan duit penyertaan. Ini bermakna, hadiah wang tunai sebanyak RM117,950.00 telah disediakan terlebih dahulu oleh penganjur sebelum sebarang bayaran penyertaan dikutip oleh penganjur.

Sebaliknya semua hadiah telah disediakan terlebih dahulu oleh penganjur demi memastikan acara yang dilangsungkan ini tidak tergelincir daripada matlamat asal pertandingan.

Selain hadiah wang tunai yang ditawarkan, penganjur turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk televisyen LED 60’, enam televisyen LED 32 inci, barangan memancing dan hamper. Setiap penyertaan akan menerima satu resit hadiah cabutan bertuah.

Bagi penyertaan awal pula, peserta boleh membuat pendaftaran menerusi akaun Maybank yang akan dimaklumkan seminggu sebelum pertandingan. Penganjur menawarkan 1,200 kemeja T bagi peserta yang mendaftar awal.

Setiap peserta dibenarkan mendaftar dua joran (maksimum) bagi setiap siri. Ini bagi mengelakkan manipulasi pertandingan bagi mengejar kejuaraan keseluruhan.

Bagi memastikan semua peserta mematuhi syarat dan peraturan pertandingan yang diguna pakai dalam pertandingan ini, penganjur akan menggunakan pendaftaran berkomputer bagi mengesan sebarang cubaan pendaftaran yang lebih daripada had ditetapkan.

Berbanding dengan sistem pendaftaran yang selalu diguna pakai dalam mana-mana pertandingan sebelum ini, penganjur menetapkan semua maklumat peribadi sperti nama penuh, alamat, nombor telefon perlu dinyatakan dengan jelas di dalam borang pendaftaran.

Borang pendaftaran boleh didapati di laman web www.wakjalitour.my atau peserta boleh mendapatkannya di kaunter pendafataran. Pendaftaran menggunakan nama samaran adalah tidak dibenarkan.

Peserta juga perlu memastikan semua maklumat yang dicatat pada resit pendaftaran adalah tepat bagi mengelak sebarang masalah pada sistem penghakiman berkomputer atau ketika pengumpulan mata Grand Slam.

Bagi memudahkan peserta memahami syarat dan peraturan acara ini, pihak penganjur akan menyediakan satu set buku Syarat Dan Peraturan Pertandingan di kaunter pendaftaran. Peserta juga boleh mendapatkan set syarat berkenaan di laman web di atas.

Ini berikutan, beberapa spesis ikan tidak akan dipertandingkan dalam pertandingan ini, yang berbeza dengan pertandingan anjuran penganjur lain. Justeru bagi mengelak sebarang masalah, penganjur mengharapkan setiap peserta yang mengambil bahagian dapat membaca dan memahami syarat dan peraturan yang disediakan.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di talian 019-6203040, 012-2141401, 013-3838655 dan 012-6823479

No comments:

Post a Comment