Breaking

Tuesday, 10 July 2018

TEXAS CHICKEN® KEMBANG OPERASI KE SELATAN MALAYSIA

TEXAS CHICKEN® KEMBANG OPERASI KE SELATAN MALAYSIA
Pembukaan Restoran Pertama di Johor


JOHOR BAHRU, 5 Julai 2018 – Texas Chicken, antara rangkaian jenama global rantaian restoran makanan segera kini di Selatan Malaysia dengan pembukaan restoran pertama di Johor. Ini merupakan restoran Texas Chicken pertama di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru dan merupakan restoran Texas Chicken yang ke-48 di Malaysia.

Dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru serta pelancong dari Singapura.

Restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley.

“Johor Bahru City Square merupakan pilihan utama setiap jenama,” ujar Dato’ Jaya Tan, Pengerusi Envictus International Holdings. “Restoran baru Texas Chicken ini berada di pusat bandar, berdekatan dengan pejabat-pejabat korporat, universiti tempatan serta antarabangsa dan hanya beberapa minit dari Pusat Kastam dan Imigrasi Malaysia dan Singapura.”

(L-R) Ms. Foon Tham, Head of Marketing of Texas Chicken Malaysia; Mr. Yang Ming (YM) Ong, Vice President of Texas Chicken Asia Pacific, Middle East & the Black Sea Basin; Dato’ Jaya JB Tan, Chairman of Envictus International; Dato’ Kamal YP Tan, Group Chief Executive Officer of Envictus International; and Mr. Khor Sin Kok, Deputy Group Chief Executive Officer of Envictus International.

Dalam nada yang sama, Dato’ Kamal Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata, “Dengan aktiviti serta kawasan bandar yang sibuk, pasti ianya dipenuhi dengan penggemar ayam goreng yang mahukan servis yang bagus dan mudah. Di Texas Chicken, kami teruja untuk menyajikan yang terbaik dan melangkaui jangkaan mereka.”

Antara menu popular yang boleh didapati adalah Ayam Goreng Spicy yang diperap dua kali dan disalut tepung (hand-breaded) bagi mengekalkan kerangupan rasanya. Menu yang turut menambat hati pelanggan adalah Biskut Mentega-Madu (Honey-Butter Biscuit) yang dibakar segar setiap hari. Selain itu, Texas Chicken turut menyajikan menu kegemaran lain seperti Tenders, Mexicana Wrap & Burger, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake serta banyak lagi.

Ayam Goreng Spicy, Honey-Butter Biscuits, Mashed Potato dan Coleslaw Texas Chicken

Kumpulan Envictus kini mengendalikan restoran Texas Chicken Malaysia di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

“Peluang ini merupakan cadangan serta rancangan dari pemegang francais veteran kami,” kata Tony Moralejo, Naib President Eksekutif Perdagangan Antarabangsa Texas Chicken. “Kumpulan Envictus telah menunjukkan rekod yang baik di Malaysia dan kami yakin ia akan terus berkembang di Johor Bahru.”

“Bersama Kumpulan Envictus kami akan terus memperbaiki tahap kepuasan pelanggan kami di Malaysia,” tambah beliau.

Restoran di Johor Bahru ini dijangka dapat menampung sebanyak 111 pelanggan pada satu-satu masa dengan keluasan 1,123 kaki persegi.

Crunchy Jalapeno Burger dan Crunchy Jalapeno Wrap untuk waktu terhad

Crunchy Deals pada harga RM5.50
Lokasi:
Lot J3-21, Aras 3, City Square, Johor Bahru
(bersebelahan KFC)


About Texas Chicken
Founded in San Antonio, Texas in 1952 by George W. Church, Church’s Chicken, along with its sister brand, Texas Chicken outside of the Americas, is one of the largest quick service chicken restaurant chains in the world. The brand specializes in Original and Spicy Chicken freshly prepared throughout the day in small batches that are hand-battered and double-breaded, Tender Strips®, honey-butter biscuits made from scratch and freshly baked, and classic, home-style sides all for a great value. Church’s® (along with its sister brand Texas Chicken® outside the Americas) has more than 1,650 locations in 27 countries and international territories and system-wide sales of more than $1 billion. For more information, visit www.texaschickenmalaysia.com


About Envictus International Holdings
Founded in 1997, the Group started as a manufacturer and distributor of sweetened condensed milk and evaporated milk and in the years following its listing, has evolved into a diversified F&B player with several acquisitions. The Group’s current business divisions are comprised of Trading and Frozen Food, Food Services (Texas Chicken, San Francisco Coffee and The Delicious Group), Nutrition and Food Processing. Envictus’ operating facilities are located in Malaysia and New Zealand. The Group’s products can be found in Malaysia, New Zealand, Australia, China, Dubai, Singapore, the Pacific Islands, Brunei, Thailand, Indonesia, Cambodia, Papua New Guinea, Maldives, Maradi Niger, Bahrain, Korea and Japan. For more information please visit www.envictus-intl.com

2 comments: